Sementelahan lagi, setiap ahli keluarga haruslah mengawasi perubahan tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Bukan sahaja ibu bapa, malah setiap ahli keluarga wajar menggalah obligasi yang sama. Apabila mendapat tahu bahawa anak-anak menunjukkan perubahan tingkah laku, ibu bapa haruslah menyiasat perkara ini secara terperinci supaya mendapat tahu akan peristiwa sebenar yang berlaku. Setiap ahli keluarga haruslah bertindak dengan cepat sebelum sesuatu masalah menjadi parah. Dengan berbuat demikian, setiap ahli keluarga akan mendapat tahu akan masalah yang dihadapi. Dalam konteks ini, ibu bapa juga boleh mengawasi dengan siapa anak-anak mereka bergaul. Mereka juga harus mengkaji perwatakan setiap rakan anak-anak mereka supaya mendapat tahu apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini amat signifikan supaya, ibu bapa akan tahu akan kemelut yang dihadapi oleh anak-anak dan seterusnya membantu mereka dalam menghadapi sesuatu masalah. jadi, jelaslah bahawa setiap ahli keluarga harus mengawasi perubahan tingkah laku anak-anak supaya dapat membantu ketika mereka menghadapi masalah.
Seterusnya, satu lagi obligasi atau peranan yang harus diimplementasikan oleh ahli keluarga sewaktu mereka menghadapi maslah adalah dengan sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak. Ibu bapa harusla menanam semangat tidak mudah putus asa dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka juga harus mempamerkan nilai-nilai yang baik di depan anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini amat penting supaya anak-anak akan menjadikan yang baik sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan. Ibu bapa juga wajar menasihati anak-anak dengan cara yang betul supaya anak-anak akan dapat memahami nasihat yang disampaikan oleh ibu bapa dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan tidak menjadi bagai mencurahkan air ke daun keladi. Bukan itu sahaja, malah ahli keluarga harus sentiasa memberi motivasi secara berterusan dan menanam semangat yang mendalam dalam diri anak-anak ketika mereka menghadapi maslah supaya mereka tidak akan berputus asa dan bangkit semula selepas segala cabran yang dihadapi oleh mereka. Ibu bapa juga tidak harus menjadi bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Hal ini demikian kerana anak-anak mudah mengikut segala perlakuan yang dipamerkan oleh ibu bapa. Segala perkara negatif tidak harus ditunjukkan di depan anak-anak. Oleh hal yang demikian, memang tidak dapat dinafikan bahawa ahli keluarga harus sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak semasa mereka menghadapi sesuatu masalah.
Tambahan pula, setiap ahli keluarga harus menghantar anak-anak ke kelas pendikan tidak formal atu pendidikan keagamaan. Ibu bapat tidak wajar memfokuskan pendidikan formal semata-mata dan tidak harus menekankan pencapaian anak-anak dalam akademik sebagai indikator bahawa anak-anak telah berjaya. Jadi, ibu bapa harus menghantar anak-anak ke kelas pendidikan agama. Dengan pegangan agama yang kukuh, anak-anak akan berasa lebih berkeyakinan semasa menghadapi pelbagai masalah. Setiap ahli keluarga juga harus mendorong anak-anak supaya berpegang teguh kepada agama kerana tiada agama yang mendorong penganutnya untuk melakukan aktiviti yang tidak baik. Dengan menghantar anak-anak ke kelas agama, anak-anak akan lebih berani dan tabah menghadapi masalah yang dihadapi. Inisiatif lain yang boleh diambil oleh ahli keluarga ketika anak-anak menghadapi masalah adalah dengan menghantar mereka ke kelas bimbingan dan kaunseling. Dengan kaunseling yang diberikan ,sudah tentu anak-anak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan mudah. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap ahli keluarga wajar menghantar anak-anak ke kelas pendidikan agama atau kelas bimbingan dan kaunseling ketika anak-anak menghadapi masalah.
Konklusinya, memang tidak dinafikan betapa pentingnya peranan dan obligasi yang digalas oleh setiap ahli keluarga amnya ibu bapa dalam membantu anak-anak sewaktu kemelut dalam kehidupan seharian. Setiap ahli keluarga haruslah mengimplementasikan tanggungjawab mereka dengan berkesan dan efektif dan bukan seperti melepaskan batuk di tangga. Setiap ahli keluarga wajar menggembleng tenaga dalam membantu anak-anak ketika mereka menghadapi masalah. Bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan, malah ahli keluarga yang lain turut mempunyai obligasi yang sama. Setiap ahli keluarga juga harus bertindak segera dalam membantu anak-anak ketika menghadapi masalah sebelum gawat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. hal ini demikian kerana anak-anak merupakan aset paling berharga. Jadi, segala masalah yang dihadapi oleh mereka tidak harus dipandang enteng dan sebaliknya sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab kita haruslah sentiasa bersama-sama ketika melalui pahit manis. Jadi bolehlah disimpulkan sekali lagi bahawa setiap anak memerlukan dorongan dan sokongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu m