Results (
English) 2:
[Copy]Copied!
Vandalisme ini bukanlah satu isu baru di Malaysia, malah ia hangat diperbincangkan oleh media massa. Kamus Oxford Advanced Learner’s mentakrifkan vandalisme sebagai “willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai ‘person who willfully destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature, etc’. Di mana sahaja kita sering terserempak dengan bangunan yang diconteng dan dilukis dengan lukisan yang sungguh abstrak. Gambar-gambar dan lukisan lucah mudah sahaja dijumpai pada tembok, batu bata, tandas awam, pondok telefon dan di bangunan sekolah,asrama juga termasuk kerusi dan meja pelajar juga tidak terlepas diconteng mahupun dirosakkan.
golongan yang dikaitkan dengan perbuatan yang tidak berakhlak ini adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja serta para penganggur yang kerjanya hanya melepak di kompleks membeli belah, pengacau orang lalu lalang dan menjadi kutu malam. Golongan ini kerap menjadi sasaran, kritikan dan tuduhan bahawa mereka terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena vandalisme dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena vandalisme dikaitkan dengan pemuda-pemudi punk dan rock. Budaya Barat yang menular ke negara ini melalui media telah mempengaruhi tingkah laku pelajar dan remaja disini.
Being translated, please wait..
