Results (
English) 2:
[Copy]Copied!
Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dan juga kolej dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang kerana merosak atau membinasakan harta benda sekolah dan kolej. Masalah merosakkan harta benda sekolah dan kolej, secara sedar atau tidak, telah menjadi fenomena lumrah dalam alam penbelajaraan. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini mendapat perhatian serius dari pihak pendidikan dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang-wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan pendidikan tanpa rasa bersalah langsung dan akibat yang perlu mereka hadapi.
Being translated, please wait..
